DiRiKu
















NaMa: Sa'iMaH
Warna Kegemaran: Merah Jambu
eMaiL Add: Cari Sendiri!hehe! TinGGaL: Singapura
DiLaHiRKaN: 21 OkToBeR 1987

Kite ni Peramah kalau dah kenal...Suker ketawa!! hehe!Suker baca Novel!! Suker chat! YaHoo SuRia HoTMaiL MiNiCLiPz fRiEnDsTeR HaPPy3FreNz Kak AiSyAh [web baru]

Tagboard

Sa'iMaH
NaMa

eMaiL

PeSaNaN(smilies)

Friday, April 24, 2009

Assalamualaikum....
chak! :-P
wah.. dah lama betul tak update..
ade orang tu... asyik suruh orang update je.. :-P
"awak! kite dah update tau! awak pun kena update k"
tak tahu nak tulis ape ni.. sambung lain kali k..
Daaaaaaaaa



Saimah at 4:47 AM

+ + + + + + +

Thursday, March 22, 2007

saya suka...

saya suka...
Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita
saya, cantik betul. Sungguh! Sampai saya takut
nak pegang. bukan takut jari-jemarinya patah,
tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh
saling bantu-membantu di suatu hari yang amat
dasyat di hadapan Yang Maha Esa

.
Saya suka sangat tengok rambutnya.
Cantik betul sungguh! Sebab itu saya belikan dia
tudung. Bukanya cemburu orang lain tengok,
bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa
ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai
bila-bilatakut nanti dibakar dek api neraka, di
suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang
Maha Pencipta!

Saya suka sangat tengok body teman wanita
saya solid betul. Sungguh! Sebab itu saya
belikan dia telekung supaya masa 'dating
dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh
lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya
pun tumpang dapat pahala syoknya!


Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya
tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.
Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, 'Apa
ubatnya, bang?' saya pun bagi dia al-Quran
sebagai penenang jiwa semoga dia cintakan-Nya
lebih daripada saya.


Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-
macam; "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta
elok-elok nanti awak sakit saya juga yang susah
hati la bla bla bla." Tapi bila tengok wayang
sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu
sahaja, dia tidak kata apa pun. Aduuuuh
berdosanya saya!


Saya memang sayang sangat pada dia. Saya
mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-
cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih
sayang di akhirat, ber'dating'di syurga kerana di
situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-
menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami
semoga kami dapat kekal bersama selama-
lamanya, di syurga nanti. Amin

Saimah at 8:17 PM

+ + + + + + +

Monday, January 29, 2007

MISTERI CINTA


Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg

yg tak membalas cintamu,
jgnlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorg
kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.
Sekiranya kamu di cintai oleh seseorg yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu
tapi kembali kan penghormatan tu dgn cara yg ikhlas & jujur.
Jgn amik kesempatan & jgnlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurus cinta,
begitulah jua kamu mengurusi diri mu.
Setiap hati & prasaan

mengalami kepedihan & kebahgiaan yg serupa
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya ! kita bercinta

dgn seseorg yg begitu menyintai diri kita &
tiba2 cinta memilih utk pergi,

tiada siapa yg harus di persalahkan...
relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yg berlaku

ade maksud yg tersembunyi &
kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih

utk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta
dgn segala misteri di dlmnya
apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...
Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya ! pernah singgah di hati mu.. "

Saimah at 6:09 PM

+ + + + + + +

Assalamualaikum... Selamat Pagi....
semalam nye time tak betul lah kat bawah tu...
tak tahu macam mane nak tukar...
sekarang ni kul 8:08 pagi....

kite lum sehat sangat ni.. makin teruk lah batuk ni
rasa macam dah takde suara.... hehe

semalam kite ajak adek kite main basikal..
kite gi dua orang je.. adek yang sorang tu tak ikut
sebenarnye malas nak keluar...
rasa nak tido je.. hehe.... tapi kesian kan adek tu...

takde mood lah nak tulis.... banyak bende tengah fikir..
tapi tak leh nak tulis lak.. hehe.. jadi sampai sini je...

Jumpe Lagi...! Daaa

Salam Sayang: Sa'iMaH

Saimah at 4:06 PM

+ + + + + + +

Sunday, January 28, 2007

Assalamualaikum Semua... Wah dah lama betul kite tak updatekan?
Awak2 semua rindu kite tak? hehe... dah dekat setahun tak update..
tapi selalu gak masuk tengok siape yang tag... cuma tak tahu nak tulis ape..
kalau nak ikutkan.. dalam setahun ni.. macam2 terjadi... tapi tak terluah kat sini je.. hehe

hari ni kite tak berape sehat.. selsema sikit ngan batuk2... suara pun dah lain je ni...
dah nak jadi rock! hehe.. mane tak batuk.. asyik minum ais je... Sa'imah biasa lah..
siape tak tahukan.. degil! dah batuk2 minum ais.. dah tu tak nak makan ubat... hehe......

macam mane ngan blog baru kite? ok tak? bagi komen ye...
kite cuma tukar sikit2 je.. tak pandai sangat lah....

kite tengah bosan ni... tak tau ape nak tulis....

ok cerita pasal Sa'imah setelah setahun die menghilang.. hehe
sebenarnye tak menghilang.. ade ni... masih macam dulu..
sebelum ni.. rasanye tahun lepas.. kite pernah keje...
temankan kakak... tapi sekarang dah berhenti...
kakak kate die nak berhenti.. kite ikut je.. hehe
lagipun kite memang suke duduk rumah...
lepas berhenti keje.. kite tak keje kat tempat lain...
duduk rumah je... best! hehe...

hmmm oklah itu je cerita kite buat kali ni.. takde ape yang menarik
dah batuk2 ni.. rasa macam nak semput je.. mungkin sebab sejuk!

Jumpe lagi.... Daaaaa

Salam Sayang: Sa'imah

Labels:


Saimah at 4:06 PM

+ + + + + + +

Friday, March 24, 2006

Cintailah Allah di kala susah dan senang


Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang
solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau
sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah
anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau
jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan
dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang
bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh
ke hati, maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan
pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang
menguasai diri.


Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki
yang soleh tidak memilih wanita melalui
keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai
wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta
kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak
menginginkan pertemuan dengan wanita yang
bukan muhrimnya kerana dia takut memberi
kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah
pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah
perkahwinan.


Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam
untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya
cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi
hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah
sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.


Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta daripada insan yang
juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa
cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang
dunia juga yang menggoncang iman lelaki.

Saimah at 4:56 PM

+ + + + + + +

Saturday, February 18, 2006

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri?..
Tetapi?Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana?.
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa?..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?.?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita?..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat?
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat?..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu?.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan?..
Kita tidak tahu?.
Tetapi?.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu?..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Saimah at 11:41 PM

+ + + + + + +

Sunday, January 22, 2006

Surat Cinta Dari Iblis


Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau
tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak
membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali
kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur,
bukan untuk membaca Al-Qur'an. Sesungguhnya
engkau tidak membuang-buang masa.

Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun
mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Engkau
telah membuktikan bahwa engkau adalah
sahabatku yang budiman. Janganlah engkau
susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya.
Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan
hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan
engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang,
udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah
sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'.
Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan
air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.

Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismilla
sewaktu akan makan. Ini bagus, kerana engkau
tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah
kenyang, engkau tak pernah menyebut
Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau
sedawa kuat-kuat seperti lembu.

Semalam ada seorang peminta sedekah datang
ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi
tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun
seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana
engkau tidak membuang-buang duit dan tak
membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang
diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat
cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan
engkau seorang, untuk menonton wayang,
berholiday di Genting dan membeli kemewahan-
kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat
handaimu, engkau tidak mengucapkan
Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi
Everybody!" Ini bagus juga kerana engkau
menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam
orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris.
Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab
kerana ini bukan bahasa antara-bangsa.

Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan
aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau
adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di
akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan
bersama-sama ... . kita berpegang-tangan ...
menuju Neraka Jahannam.

Sahabatmu Yang Tercinta.

Iblis

Saimah at 10:24 PM

+ + + + + + +

Layout by Yiling of Anime Skies